RESEPI AYAM MASAK KICAP VERSI CORONA VIRUS
- AHMAD SAFWAN
- Mar 20, 2020
- 2 min read
Hai guys,so sempena perintah kawalan pergerakan (corona virus punya pasal :( )
saya nak kongsikan resepi ayam masak kicap yg mudah dan sedap.Jadi tiada lagi alasan untuk kita malas memasak sepanjang cuti ni.Resepi ni juga boleh digunakan oleh orang2 bujang dan mahasiswa2 untuk try memasak.So lets go!
Bahan2 :
1.Bawang merah
2.Bawang putih
3.Cili kisar
4.Kicap manis
5.Ayam
6.Serbuk kunyit
7.Garam
8.Pati ayam
9.Bawang besar
Langkah2 :
1.Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan tambah garam.cuba rasa sikit,kalau x cukup masin boleh tambah garam.tapi jgn banyak sangat sebab kuah kicap pun dah cukup masin dah
2.Goreng ayam sehingga separuh masak
3.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan lada kisar bersama.(yang x faham makud tumis tu senang cakap goreng bahan2 tu guna sedikit sahaja minyak masak).Mak aku kata tumis tu sampai warna dia dah macam warna emas sikit.Lagi satu kalau guna cili kisar kena tumis betul2 sebab takut nanti sakit perut lak ;)
4.Tambah kicap manis (mak aku kata separuh cawan).lepastu tambah air sikit (utk kurangkan masin).Cubalah rasa kuah tu sikit.kalau masin tambah air.kalau dah cukup next step lah
5.Masukkan ayam dah digoreng separuh masak tadi.Gaulkan ayam bersama kuah kicap tu sehingga rata (untuk pastikan kuah kicap tu meresap dalam ayam). Sambung masak ayam lagi
6.Tambahkan bawang besar (potong besar sikit) dan pati ayam (nak bagi rasa sedap sikit.tapi jgn banyak2 sebab nanti masin lak)
7.Sambung masak sehingga lima minit.cuba rasa2 sikit.kalau tawar tambah garam.kalau masin tambah lah air (kuah banyak sikit ;)
8.Tutup kuali dan biarkan api (kecilkan api sikit) sekejap (mak aku kata sampai kuahnya kurang sedikit)
9.Matikan api dan ayam masak kicap sedia untuk dimakan
Ha senang kan?.so,korang boleh lah cuba resepi ni kat rumah.Bahan2 nya pun senang nak dptkan tengah musim corona ni.Harapnya dpt lah tlg orang lain utk belajar memasak.Ok bye.










Comentários